Ahad, 1 Disember 2013

Hide & Seek

“Aku tak tolong kau, tak..tolong kita sebenarnya kalau kita terus main hide and seek macam ni,” katanya yang mempunyai maksud yang dalam.

Aku menjelingnya. Aku main sembunyi? Bukan dia? Panas hatiku mendengarnya.  Dari firasatku, dia seperti sengaja mahu aku hamburkan segala rasaku padanya.

“What do you mean by that?” Tanyaku, sengaja walau aku sudah mulai faham permainannya.

"Dalam hidup, kita akan selalu melakukan kesilapan. Setiap kesalahan yang dilakukan akan mematangkan fikiran dan menyedarkan kita." Bermadah pula dia di saat aku menginginkan jwpn pasti bagi sekeping hati.

"Now tell me, siapa yg main and seek ni?" balas aku. Geram, yer aku sgt geram saat ni. Apa semua yg berlaku salah aku ke? aku yg minta ke? Aku mula terfikir untuk mundur sahaja, penat bermain tarik tali.

"Kau rasa kita ada masa depan?" sinis kedengaran jawapan dari mulut dia.

Eh, kenapa tanya pada aku? Kalau ikut nafsu aku yg sembilan ini, tentu sahaja aku akan tanya kembali persoalan tersebut pada dia. Suka sgt main soal-jawab kan? Padan muka kau!

Jeda,senyap sahaja..dan aku dengar dengan jelas mamak-mamak yang berkumpul di belakang bersorak-sorai mengambil pesanan..heh, bersorak-sorai sangat! Yang diam itu di meja aku, yang berada betul2 di depan kaunter air restoran mamak ini. Aku masih lagi menunggu kata-kata seterusnya dari mulut orang depan aku nie..

Dah, aku dah tak tahan lagi. Aku pandang tepat ke arahnya, "Kau rasa?"

Diam lagi. Alahai, sampai bila-bila pun masalah tak akan selesai. Pantas aku kembali menyambung ayat tadi. "Aku rasa aku tahu jawapan kau." Lantas aku bangun tinggalkan dia.

Mungkin benar kata orang2 tua, jika sayang simpan sedikit rasa benci.. Allahuakbar, terasa khilaf sangat diri ini.. Ya Allah, aku bersyukur sebab ditunjukkan kebenaran.

We hide our true feeling, hide it away, hide it far away~~

Tiada ulasan: