Ahad, 24 November 2013

Si biskut mayat~


'Tiara kan? K...' Hulur tangan sambil senyum..Boleh salam, boleh..sebab perempuan.. Jeda, jeda sekejap..Aku diam, perempuan depan aku yang kusyuk cicah biskut cream cracker dalam milo panas dari mesin dekat pantry pun senyap..Kuur,kuur,kuur~~

'A'ah..hai,hello! Err, nak amik air..' Usai aku bersuara begitu, aku lihat K ketepi..Sambil senyum sambil cicah biskut dalam milo..Kusyuk, nampak lapar sangat.. Aku lihat tiga keping biskut di tangan K, dia patahkan kepada dua bahagian sekaligus. Satu bahagian dia cicah dalam milo panas, satu bahagian lagi masih elok dalam genggaman tangan K. Aku perhatikan K, examine segalanya..Heh, poyo!

Tiba-tiba, 'Nah, bukak mulut...' Eh, apa yang berlaku?! Lama sangat ke aku termenung tunggu milo panas aku si mesin nie bancuh? Entah dah berapa lama K suakan suku biskut yang dia cicah tadi pada aku. Suku sebab separuh lagi dia dah makan..Aku rasa aku nampak adegan dia suap biskut pada mulut dia tadi..Alahai! Malu tak sudah aku..

Terkelip-kelip mata aku sebab blur..Memang aku nie, memang! Loading memanjang.. Entah apa-apa, bak kata pensyarah yang suka bagi aku duit tambang bas zaman belajar dulu..ekekekekeke~~ =) Aku tolak pelawaan dia sambil aku tunjuk cawan milo panas yang aku pegang..sejuk, sejuk sangat office aku nie..Bukan aircond fungsinya untuk menyejukkan badan ke? Kenapa sampai tahap nak membunuh nie!! Grrrr~~  Aku cuma angguk pada K sambil senyum dan tunjukkan cawan milo panas di tangan.

Baguih! Milo dengan biskut mayat! awesome untuk diet~~
*tq google utk gambar*

Tiada ulasan: