Sabtu, 19 Oktober 2013

Umur yang sekadar nombor...

Tahun depan umur kau berapa?
Kenapa tanya?
Jawab jelar..hish!
24 tahun..wuuuuwuuuwuu~
Aku?
Eh?! 25 tahun..Awatnya tanya tetibe nie?

Diam,diam je talian..aku dengar dengan jelas turun naik nafas orang sebelah sana..orang yang berada jauh di seberang laut..Tiba-tiba dia menyambung..

5 tahun lagi kau dah 29 tahun, aku dah 30 tahun..
So?
Kalau masa tu kau takde sesiapa dan aku takde sesiapa..
Errr..kenapa nie?
Kau nak tak dengan aku?
Nak? Nak macam mane?
Kita naik lagi satu level..
Eh, boleh ke macam tu?
Kalau nak seribu daya..
Main-main lar dia nie..

Jeda, diam lagi..Macam-macam yang bermain dalam fikiran aku..bercampur-aduk..lima tahun lagi dah bersedia ke aku? Aku dengar bunyi hujan, aku lihat luar jendela..

Hujan, kat sini hujan..Sana hujan tak?
Tak, Mendung je..
Waktu malam boleh nampak ke langit mendung ke tak?
Atas pokok nie..
Dahan biasa?
Iyelar..
Pegi lar masuk..bahaya nie, gelap lagi..
Biarlar..saja ambil angin malam..
Taklar, sebab sejuk kot.. tu yang cakap merapu je..hehehehe~
Tak suka? Aku serius..
Bukan macam tu..
Kadang-kadang aku tertanya-tanya sama ada kau suka aku atau tak..
Eh..aku, aku..Dah tu kau suka aku?
Jangan nak corner-corner pulak..
Adakah kita dalam konteks yang sama? Kau jawab, sebab jawapan aku bergantung pada jawapan kau..
Aku rasa kau tahu jawapan aku..
Kalau aku cakap tak tahu?
Kau tahu..
You know what, kadang-kadang aku pun tak tahu sama ada kau suka aku atau tak..
Fair and square yer..
Kalau kau rasa ia fair and square, yes, it is..

Dan bola itu kembali melantun ke arah orang sebelah sana..aku harap bola itu melantun balik ke arah aku bila tiba masa dan ketikanya.. =)

Maybe..if Allah S.W.T allow.. Kun Fayakun.. =)


Tiada ulasan: