Ahad, 24 Ogos 2014

Life problem~

Mula-mula ingat tak ada apa-apa perasaan bila dah selalu jumpa,tapi mana tau keadaan jadi gini..hewhewhew~~

Yes,kenapa?
Tak ada apa-apa..
Okey, u nak apa?
I nak u..

Bala,bala..!!

Ahad, 1 Disember 2013

Hide & Seek

“Aku tak tolong kau, tak..tolong kita sebenarnya kalau kita terus main hide and seek macam ni,” katanya yang mempunyai maksud yang dalam.

Aku menjelingnya. Aku main sembunyi? Bukan dia? Panas hatiku mendengarnya.  Dari firasatku, dia seperti sengaja mahu aku hamburkan segala rasaku padanya.

“What do you mean by that?” Tanyaku, sengaja walau aku sudah mulai faham permainannya.

"Dalam hidup, kita akan selalu melakukan kesilapan. Setiap kesalahan yang dilakukan akan mematangkan fikiran dan menyedarkan kita." Bermadah pula dia di saat aku menginginkan jwpn pasti bagi sekeping hati.

"Now tell me, siapa yg main and seek ni?" balas aku. Geram, yer aku sgt geram saat ni. Apa semua yg berlaku salah aku ke? aku yg minta ke? Aku mula terfikir untuk mundur sahaja, penat bermain tarik tali.

"Kau rasa kita ada masa depan?" sinis kedengaran jawapan dari mulut dia.

Eh, kenapa tanya pada aku? Kalau ikut nafsu aku yg sembilan ini, tentu sahaja aku akan tanya kembali persoalan tersebut pada dia. Suka sgt main soal-jawab kan? Padan muka kau!

Jeda,senyap sahaja..dan aku dengar dengan jelas mamak-mamak yang berkumpul di belakang bersorak-sorai mengambil pesanan..heh, bersorak-sorai sangat! Yang diam itu di meja aku, yang berada betul2 di depan kaunter air restoran mamak ini. Aku masih lagi menunggu kata-kata seterusnya dari mulut orang depan aku nie..

Dah, aku dah tak tahan lagi. Aku pandang tepat ke arahnya, "Kau rasa?"

Diam lagi. Alahai, sampai bila-bila pun masalah tak akan selesai. Pantas aku kembali menyambung ayat tadi. "Aku rasa aku tahu jawapan kau." Lantas aku bangun tinggalkan dia.

Mungkin benar kata orang2 tua, jika sayang simpan sedikit rasa benci.. Allahuakbar, terasa khilaf sangat diri ini.. Ya Allah, aku bersyukur sebab ditunjukkan kebenaran.

We hide our true feeling, hide it away, hide it far away~~

Ahad, 24 November 2013

Si biskut mayat~


'Tiara kan? K...' Hulur tangan sambil senyum..Boleh salam, boleh..sebab perempuan.. Jeda, jeda sekejap..Aku diam, perempuan depan aku yang kusyuk cicah biskut cream cracker dalam milo panas dari mesin dekat pantry pun senyap..Kuur,kuur,kuur~~

'A'ah..hai,hello! Err, nak amik air..' Usai aku bersuara begitu, aku lihat K ketepi..Sambil senyum sambil cicah biskut dalam milo..Kusyuk, nampak lapar sangat.. Aku lihat tiga keping biskut di tangan K, dia patahkan kepada dua bahagian sekaligus. Satu bahagian dia cicah dalam milo panas, satu bahagian lagi masih elok dalam genggaman tangan K. Aku perhatikan K, examine segalanya..Heh, poyo!

Tiba-tiba, 'Nah, bukak mulut...' Eh, apa yang berlaku?! Lama sangat ke aku termenung tunggu milo panas aku si mesin nie bancuh? Entah dah berapa lama K suakan suku biskut yang dia cicah tadi pada aku. Suku sebab separuh lagi dia dah makan..Aku rasa aku nampak adegan dia suap biskut pada mulut dia tadi..Alahai! Malu tak sudah aku..

Terkelip-kelip mata aku sebab blur..Memang aku nie, memang! Loading memanjang.. Entah apa-apa, bak kata pensyarah yang suka bagi aku duit tambang bas zaman belajar dulu..ekekekekeke~~ =) Aku tolak pelawaan dia sambil aku tunjuk cawan milo panas yang aku pegang..sejuk, sejuk sangat office aku nie..Bukan aircond fungsinya untuk menyejukkan badan ke? Kenapa sampai tahap nak membunuh nie!! Grrrr~~  Aku cuma angguk pada K sambil senyum dan tunjukkan cawan milo panas di tangan.

Baguih! Milo dengan biskut mayat! awesome untuk diet~~
*tq google utk gambar*

Jumaat, 25 Oktober 2013

Kenangan Tanah Tinggi~


Cerita lama atau lebih mesra aku gelarkan kenangan lama..iyer, memori lama pun boleh.. Mengimbau cerita lama memang boleh buat aku tersenyum sampai langit, yang jenis senyuman yang nampak gigi tatkala teringat keletah diri sendiri yang tak berapa nak semengah dulu..Ceeees!

Semalam lepas kemas-kemas laci meja masa dok kalut cari slip gaji yang dulu-dulu masa kat Damansara tu, boleh pula 'terserempak' dengan nota 'translation' yang penuh dengan doodles tapi, Ya Allah..ada juga terselit nama Eugene A. Nida, Doley Bryant, dengan siapa-siapa lagi yang aku sekarang ini suka gelar 'you-know-who'..Hah! Pengaruh Harry Potter sangat.. Belajar juga aku ini rupanya..hahahahahaha~

Buka bahagian belakang kertas, biasalar, kalau pelajar cemerlang memang suka lipat-lipat kertas buat nota untuk exam..ekekekekekeke~ Padahal, nota sebelah muka je, lagi 3 muka penuh dengan 'rasa' untuk si hitam manis, kawan pada kawan pada kawan..amboih!

"Cameron? Cameron Highland? Siyez?" memang, memang aku ini suka 'exanggerate' sangat2.. Mama selalu cakap kalau aku nak cari suami, sila cari orang yang biasa-biasa je, yang tak suka buat drama macam aku..Sentap, sentap!

"Iyelar,orang ada tersalah sebut ke tadi?" tanya si hitam manis kembali..Errr, padan muka aku! Suka sangat exanggerate kan?

"Bunga ros 3 batang boleh?" hah, memang aku nie..awas kau Tia!! Suka cakap tanpa tunggu arahan dari otak..cakap dari hati katanya..Grrr~ Parah, parah.. Dahlar minta bunga ros 3 batang, sengaja ke ter-tak-sengaja?

"Tia nak bunga ros? Nanti bila orang balik dah tak cantik dah. Dah layu" balas dia..Aku tahu dia senyum, walaupun aku cuma baca sms dia dan bukannya tuan punya badan yang berdiri depan aku..ekekekeke~ Hello, budak bahasa memang imaginasi terlampau..Tapi, kawan aku yang sorang tu selalu cakap aku je yang suka imaginasi terlebih..benci! Entah kenapa kawan aku ini tak nak sokong aku..hahahaha~~

"Ecececece, kalau tak nak beli cakap lar.." tengok! Lagi sekali cakap yang bukan-bukan..kecik hati si hitam manis nie..hihihihi~ Aku rasa lar, padahal dia diam je sambil gelak-gelak..Amboih, nak cakap gelak dia indah ke Tia oooiii?

"Eh, merajuk pula..Yelar, nanti orang belikan.." yay, yay! Nak lompat, nak sambung senyum sampai langit lagi..kehkehkeh~

"Orang main-main je.. Tak payah beli.. Bazir je.. Nanti layu pula.." ayat kau Tia..memang tak menahan..Kalau si adik merangkap classmate dengar mahu aku dijeritnya..Hahahahaha~ Niat di hati hanya nak mengusik..Kalau ada depan mata, memang aku tenung lesung pipit si hitam manis 2..Eh, ada ke dia lesung pipit? Ke, imaginasi aku lagi sekali? Hish, mula dah aku nie!

"Erm, orang tak belikan bunga ros tau.. Nanti orang belikan benda lain.. Boleh tak?" mari sambung senyum sampai bintang pula Tia..Hahahahahaha~ Dalam hati aku dah mula 'fireworks'..over je aku nie!  Dalam fikiran dah fikir macam-macam..Apakah yang kau akan belikan wahai si hitam manis kawan pada kawan pada kawan?

Catitan aku pada kertas lipat empat terhenti setakat itu..Entah bila aku mencatit semua itu.. Habit, memang sukar nak dibuang..Asal gembira mula lar mencatit segalanya! Hahahahahaha~ Tapi yang pasti aku memang ingat kejadian lepas si hitam manis kawan pada kawan pada kawan ini balik dari Cameron.. Dia sampai petang dan malam dah jumpa aku.. Memang, memang takdir suka macam itu.. Reda itu pasrah.. Pertama kali jumpa berdua dekat Dataran Cinta.. Eh, Dataran Cendikia yang aku suka pendekkan jadi D.C.. Jimat ayaq liyoq bak kata si manis asal kedah pada aku.. Macam-macam alasan kau kan Tia?

Pertama kali jumpa berdua, tak, tak bukan dating sebab bukannya bercinta pun.. Cuma dua teman yang nak mula berkenalan..Hihihihihi~ Kata pun dia si hitam manis kawan pada kawan pada kawan.. Pertama kali jumpa berdua, sengaja je aku ulang ayat ini lagi sekali..sengaja!! Hihihihi~ Hujan turun mencurah-curah! Mulanya aku lihat awan berarak megah, tanpa sebarang tanda, sebarang 'hint' macam dalam peperiksaan yang kalau sebut 'hint' teringat si cantik manis teman istimewa pelakon yang semakin meningkat naik yang selalu kena buli tolong hantarkan ke rumah sewa selepas berfoya-foya sambut hari lahir jauh sikit dari rumah sambil bakar kertas sebab tak ada lilin atas kek.. benci benar dia, sebabnya 'hint' yang acapkali diterima tatkala musim peperiksaan langsung tak boleh dipercayai.. Sedih kata si cantik manis yang siap buat kumpulan boikot 'hint' dengan slogan 'Jangan percaya hint!' yang mana kadang-kadang aku pun terjebak sama..Hahahahahahaha~

Ah, hujan tadikan?  Mula-mula elok je, lepak dari satu kedai ke satu kedai.. Aku memang, mengada nak pilih makanan, padahal bukanlah banyak sangat pun menu kat D.C tu yang aku gigih sangat nak pusing carik makanan baru.. Last-last singgah makan sizzling yang sah-sah tergolong dalam 'comfort food' aku.. Borak punya borak, dia ambil handphone aku yang aku gelar si Red, yang baru aku beli dengan si teman sekolah masa dia ke Cameron dulu.. Yay, suka jawab soalan! Macam-macam soalan berkaitan dengan si Red yang aku kena jawab.. Memang.aku.suka.jawab.soalan! Lalalalala~

Usai makan, sibuk nak jalan-jalan cuci mata.. Yelar, D.C kan rajin buat segala jualan yang bukan setakat cuci mata aku, tapi 'cuci poket' aku sekali..Hahahahahaha~ Terbekenan kat satu tudung, yer, terbekenan yang kemudiannya tahu-tahu ada dalam genggaman tangan aku dah..ceees! Siapa yang bayar? Siapaaaaa?! Aku tak pernah cakap nie, tapi terima kasih si hitam manis sebab belikan aku shawl merah jambu menyala satu bahagian, tak,tak..sebab bayarkan shawl aku yang pantang nampak shawl..kuikuikui~

Pusing lagi, singgah kedai jual patung beruang.. Memang, bila dah lama-lama baru aku perasan niat diri sendiri yang mengada-ngada sangat nak berhenti dekat kedai jual patung beruang tu dulu.. Suka sangat aku beli segala mak nenek yang boleh gantung-gantung kat tepi handphone, tapi selalu jugalar benda-benda itu semua tercabut dan ter'apa-apa' lagi.. Sabar jelar~ namun, adegan bergaduh nak bayar si beruang gantung dekat handphone memang mengundang tawa si kakak jaga kedai patung beruang.. Akhirnya, aku tinggalkan si hitam manis di kedai patung beruang dan jalan menuju ke gerai terakhir di hujung jalan, yang dekat dengan tangga..

Elok si hitam manis sampai, hujan turun dengan meriahnya.. Meraikan aku yang dapat hadiah comel si beruang gantung pakai skirt kembang dari si hitam manis..Amboih! Maka, kaki seluar dilipat sedikit, berdiri dekat sambil tangan peluk bungkusan strawberry cameron dan si hitam manis tergelak bagai nak pecah perut sambil pegang payung.. kelakar yer abang.. Mana taknya, setiap kali terjumpa, hujan, setiap kali berjumpa, hujan.. Tragik dan juga tragis..Ohmy!! Ini pengambaran lagu dangdut Amelina dengan Iwan ke? Ke? Ke? Hahahahahahahaha~ Memori daun pisang sungguh!

Mungkin, mungkin aku harus kenang kenangan atau memori daun pisang ini.. Kelakar, pelik, teruja dan gembira bersatu, berkaul, bergaul menjadi satu.. Aku perasan di akhir lipatan kertas yang kononnya nota untuk peperiksaan tedapat beberapa rangkap puisi peringkat kanak-kanak dapat gula-gula 'lolipop' besar corak bulat-bulat..Hiks!

Bersamamu,
Keresahanku hilang,
Kebimbanganku berkurang,
Kesakitanku terhapus.


Kaulah Jiwa,
kaulah Impian,
Kaulah harapan.


Ini puisi apa! Hahahahahaha.. Gelak aku baca semalam!~

Sabtu, 19 Oktober 2013

Umur yang sekadar nombor...

Tahun depan umur kau berapa?
Kenapa tanya?
Jawab jelar..hish!
24 tahun..wuuuuwuuuwuu~
Aku?
Eh?! 25 tahun..Awatnya tanya tetibe nie?

Diam,diam je talian..aku dengar dengan jelas turun naik nafas orang sebelah sana..orang yang berada jauh di seberang laut..Tiba-tiba dia menyambung..

5 tahun lagi kau dah 29 tahun, aku dah 30 tahun..
So?
Kalau masa tu kau takde sesiapa dan aku takde sesiapa..
Errr..kenapa nie?
Kau nak tak dengan aku?
Nak? Nak macam mane?
Kita naik lagi satu level..
Eh, boleh ke macam tu?
Kalau nak seribu daya..
Main-main lar dia nie..

Jeda, diam lagi..Macam-macam yang bermain dalam fikiran aku..bercampur-aduk..lima tahun lagi dah bersedia ke aku? Aku dengar bunyi hujan, aku lihat luar jendela..

Hujan, kat sini hujan..Sana hujan tak?
Tak, Mendung je..
Waktu malam boleh nampak ke langit mendung ke tak?
Atas pokok nie..
Dahan biasa?
Iyelar..
Pegi lar masuk..bahaya nie, gelap lagi..
Biarlar..saja ambil angin malam..
Taklar, sebab sejuk kot.. tu yang cakap merapu je..hehehehe~
Tak suka? Aku serius..
Bukan macam tu..
Kadang-kadang aku tertanya-tanya sama ada kau suka aku atau tak..
Eh..aku, aku..Dah tu kau suka aku?
Jangan nak corner-corner pulak..
Adakah kita dalam konteks yang sama? Kau jawab, sebab jawapan aku bergantung pada jawapan kau..
Aku rasa kau tahu jawapan aku..
Kalau aku cakap tak tahu?
Kau tahu..
You know what, kadang-kadang aku pun tak tahu sama ada kau suka aku atau tak..
Fair and square yer..
Kalau kau rasa ia fair and square, yes, it is..

Dan bola itu kembali melantun ke arah orang sebelah sana..aku harap bola itu melantun balik ke arah aku bila tiba masa dan ketikanya.. =)

Maybe..if Allah S.W.T allow.. Kun Fayakun.. =)